Friday, 26 August 2011

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU...

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Thursday, 25 August 2011

PLKN BEST KE EIK...???

tanggal 10 september 2011 aku akan memulakan hidupku sebagai pelatih PLKN...sebenarnya aku dari mula lagi berharap sangat-sangat aku xdapat coz aku xsuka n aku xmo...memang dari dulu aku xpernah berenggang dengan family aku...orang yang paling epy bila dapat taw aku terpilih PLKN ni adalah abg aku...dy memang nak aku pergi...hurmmm ntah la macam mna aku nk sesuaikan dri aku dgn tmpat mcm 2...da la dpt tmpat yg jauh Kuala Nerang 2...aku tnya mem2 aku yg bwu blik dri kem ni tp dowg suma kta PLKN ni best sgt rgi klau xp....dowg siap kta g klau bley dowg nk p lg...ish3 pliknya dowg ni aku pnya la xmo p...smpai stu thap 2 aku pnah sruh kwn aku je yg gntikan tmpat aku...hihihi xptut sngguh...skg aku dalam dilema klau akuxp aku akn dikenakn tndakan undg2....aku xmo aku bkn jhat sgt....hurmmmm nmpknya trpksalah aku p jgk kn...mama............ayah............kkak xmo p

Wednesday, 24 August 2011

THIS OUR STORY


Aku kenal kau time aku form 2 lagi.. Hujung tahun.. Time tue kita still budak-budak lagi kan... heee.. And aku pun baru ada phone time tue.. Kita kenal pun melalui telefon jea kan.. Tapi tue kenangan yang terindah dalam hidupku..iaitu mengenalimu.. Walhal dalam phone jea... Da takdir tuhan kita dipertemukan seperti itu... Kan.. Aku sangat mensyukurinya... Kita kawan sejak dari tue.. Kau banyak bagi aku semangat,dorongan,dan menjadi kawan yang terbaik pernah aku ada walaupun aku tak pernah face to face ngan ko.. Sangat selesa bila bercakap ngan kau.. Kau lah orang pertama yg tahu semua cerita hidupku.. Sampai sekarang..hanya kau seorang.. Kau baik..peramah.prihatin,penyayang,sopan,menghormati. bak kata kau memang aku respect la.. Semua ada ngan ko.. Best kawan ngan ko.. Kita kawan lama kan..dari form 2 still ..urmmm..Berapa tahun da ea?? 5tahun lebih lar g tue..kan.. Dari kita budak-budak sampai la remaja macam sekarang..urmmm.. banyak yg berlaku di antara kita dalam waktu tue.. Tapi sekarang kita tak serapat dulu.kan?? Aku da mempermainkan hati kau.. ya Allah. tergamaknya aku.. Padahal kau sangat jujur dan ikhlas ngan aku... Aku melihatnya,,,,kau tak jemu nak kawan ngan aku,walaupun kita tak pernah jumpa...5tahun nie... Kita pernah menjadi pasangan kekasih,,melalui phone ja..hehee... Biasa la tue.. Time form 3..Best sangat time tue.. Kau dapat result PMR yg bagus dan nak masuk sekolah teknik time form4 .. tapi kau cakap tak bole bawak phone,,aku pun sedih lar.. Coz tue jea cara kita berhubung..kan.. N last2 kau tak masuk sekolah teknik.. Aku tak tahu kau wat semua tue untuk aku.. Padahal kau minat sangat ngan mekanikal tue..Urmm.. Maaf kan aku kerana aku kau mengorbankan cita-citamu.. :(Kita pun terus berkawan la,,n hujung tahun form 4.. Aku kenal ngan sorang lelaki kat cinie,,.Aku pun jarang la layan kau da,sms,,call2,,. entah apa jadi ngan aku time tue.. Aku pun suka-suka la couple ngan budak tue.. N aku terpaksa bagitahu kau.. ya Allah.. Kejamnya aku kan.. Padahal aku tahu kau syg n cinta sgt kat aku.. Sedihnya...bila ingat balik time tue.. Yang lebih menyedihkan aku suruh couple baru aku bagitahu kau.. Dasyatnya....memang kejam la aku nie.. Aku tak fikir pun hati kau.. Cubalah perkara tu terjadi ngan aku.. Sorang pompuan col aku n bagitahu kau tak nak kawan da ngan aku... Tak dapat bayangkan.. Maafkan saya berlaku kejam ngan kau dulu.. Selepas kau tahu hal tue..kau terus call aku. Kau marah aku..tapi kau tak maki aku... Napa kau tak sedarkan aku time tue?? Kau baik sgt ngan aku.. Sampai aku jadi teruk sangat2.. Aku takut nak bagitahu kau.. Aku nie bodohlah..eee... Saat tue,kau cakap tak mahu ganggu aku da..urmm.. Time tue aku tak kisah lagi... Sejak kita putus hubungan..tak ada lagi sms ataupun call dari kau.. Janggal la aku rasa.. Aku rasa tak da makna aku couple ngan budak yang aku kenal tue.. Aku baru sedar aku selalu teringat kau...sangat-sangat.. Aku tak tahu lah... ermmm... Kejap ja..aku putus ngan budak tue..Aku rindu sangat ngan kau..time kita nak dekat Spm da..dalam bulan 8 begitu.aku sms  kau balik.. Aku mintak maaf ngan kau atas kesilapanku.. Kau maafkan n terima aku balik jadi kawan kau.. Aku nie teruk la,,nak ambik..x nak buang.. Ya Allah... Kau ampunkalah dosa-dosaku melukakan seorang teman yang begitu setia dengan aku... Bayangkanlah,,lam phone tue. kalau orang lain..entah lah... Tapi dia sangat2 istimewa,,,  Pas spm kau pagi poli aku lak masuk form 6..kan..hee. lain2 bidang.. Kau amik diploma dalam kejuruteraan awam.. Aku amik aliran sains kemanusiaan.. Sastera la... Ermm..dalam tempoh tue,,aku ada couple ngan budak form 6 jua.. tapi aku tak bagitahu kau.. Teruk gila lah aku nie.. Kejap ja..3bulan ja..urmm.. Kau tak tahu langung..huhu.. Aku takut bagitahu kau lah..! Time upper 6,,kita ok lah.macam dulu2 jugak...tapi aku permainkan kau lagi..tanpa kau sedar.. Jahatnya aku nie..Tentu kau benci aku kan.. Aku jatuh cinta lak ngan someone,,entah lah.. Aku cari alasan elakkan diri dari kau..jahatnya.. X layak lah aku nie dicintai oleh lelaki cam kau.. Tue kali kedua aku patahkan hati kau... Kau cam tak boleh kata apa da.. Tapi kau tak pernah maki aku...kenapa????? Aku jahat lah.teruk..kejam ngan kau... Kau faham tak?? eeeeee..! Kau tak tahu.! Aku sangat kesali..maafkan aku.. Aku harap kau dapat baca..nie..Last2..putus gak.. huhu..Cinta..aku tak tahu pun.. Bodoh..2 damn..! Pas STPM,,aku akhirnya bergelar single..jugak.. Urmmm.. Kita x rapat macam dulu lar...tapi kita selalu gak sms2.. Kau still cakap syg aku..Aku dah tak nak mempermainkan hati orang lain...aku kesal sangat permainkan hati kau... Aku harap sangat kau ada teman sekarang nie..tapi kau still bersendiri,,kau bukan tak ada rupa,,sejuk mata memandang,,anak bongsu lagi tue,malahan ada kereta lagi.. Kenapa kau nak single?? Kau nak sangat jumpa aku..kan..?? Aku pun nak jumpa kau jugak..mnta maaf semua kesalahan aku yg terlalu banyak tue.... Kau harap sangat aku melanjutkan pelajaran ke universiti di semennjung tue.. Kau penah cakap nak datang sabah..tapi aku tak bagi..aku tak nak menyusahkan kau.. ada jodoh kita bertemu jua.. Bertentang mata.. Aku tak layak buat kau..aku dah banyak kali lukakan kau..tipu kau. Ya Allah..teruk lahhh.. Sebenarnya aku takut sangat kehilangan kau..sebab aku pentingkan diri.. Aku tak tahu kenapa aku buat begitu kat kau..padahal,,urmm..entahlah.. yang aku tahu sekarang nie aku still sayangkan kau.. Tapi aku da relakan hati aku lepaskan kau pergi... Sepenuh hati..Kau carilah pompuan yang layak ngan kau..kau punya segalanya dear.. Aku memang tak layak sangat dah buat kau..sangat2... Aku sedar..aku harap bila kau baca nie.kau maafkan aku ea.. Tolonglah.. Aku benci ngan diri aku nie.. Aku memang tak layak dicintai oleh lelaki seperti kau.. Walaupun kita terputus hubungan sekejap tapi aku tak pernah lupakan kau... Kau berhak dapat seorang teman yang baik seprti kau jugak.. Aku buruk dan tidak layak dicintai.. Maafkan aku ya... Aku sayang kau..!... (Maafkan aku..Sham..)
p/s : Aku mmg teruk lar..  Pesanan ikhlasku janganlah mempermainkan hati orang lain macam apa yg telah aku buat dahulu... Engat,,Wat goes around comes around..~ Kepada yg sudi baca.thans yea..ngee.. Braulah tahu betapa teruknya aku nie..huhu..its ok... 

Sunday, 21 August 2011

RAHSIA WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
5. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
6. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
11. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
12. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
13. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
14. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
16. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
17. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
18. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
20. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
25. Senjata wanita adalah airmata!!
26. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
27. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
28. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa